Ya Allah sesungguhnya aku memohon pilihan yang tepat kpd Engkau dgn ilmu yg ada padaMu. dan aku memohon kekuasaanMu utk menyelesaikan urusan ku dgn kudratMu. dan aku memohon kpd Mu sebahagian kurnia Mu yg agung, krn sesungguhnya engkau mahakuasa, sedangkan aku tidak berkuasa, dan Engkau MahaTahu sedangkan aku tidak tahu dan Engkau Maha Mengetahui perkara ghaib.
Ya Allah sekiranya Engkau tahu bahawa urusan ini lebih baik untuk diriku, agamaku, dan kehidupanku dan lebih baik pula untuk dunia dan akhiratku. Maka takdirkan dan mudahkanlah urusan ini bagiku kemudian berkatilah aku dalam urusan ini.
dan sekiranya Engkau tahu bahawa urusan ini lebih buruk bagiku, agamaku, kehidupanku serta lebih buruk pula utk dunia dan akhiratku.maka jauhkanlah urusan itu dariku dan takdirkan kebaikan untuk diriku dimana pun kemudian jadikanlah aku redha dengannya.
Sunday, April 22, 2012
doa ithikarah
Posted by ayurii at 12:59 PM 0 comments
Tuesday, April 17, 2012
sabar menanti .......
Tenang sahajalah menanti jodoh yang baik itu, ia akan datang sendiri hasil dari usaha tahajjud yang berterusan dan istiqamah. Ikhlas kerana Allah Ta'ala. Jangan buat kerana jodoh semata-mata. Usaha sebenar adalah usaha kita minta dengan Dia, bukan dengan merayu kasih pada si dia hanya kerana hati gelisah mahu hidup berteman. Hati gelisah takut si dia yang kacak terlepas, takut si dia yang cantik jatuh ke tangan orang. Minta dengan Allah, Allah bagi segala. Cepat atau lambat bukan kita penentu. Jodoh adalah sunnatullah. Sunnatullah tidak boleh digesa, tidak boleh dilengahkan bila sampai masanya. Sabarlah. Tenanglah. Tahajjudlah... :)
Posted by ayurii at 6:36 PM 0 comments