BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, October 14, 2010

tanda2 kematian

100 hari sebelum kematian:

Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.



40 hari sebelum kematian:

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.



7 hari sebelum kematian:

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.



3 hari sebelum kematian:

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.



1 hari sebelum kematian:

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir sebelum kematian:

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.



Kubur/liang lahat Setiap Hari Menyeru kepada Manusia Sebanyak 5 Kali.

1. Aku rumah yang terpencil, maka akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu sholat malam.

3. Aku rumah yang penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawarnya.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir, maka banyaklah bacaan Laa illaa ha illallah, Muhammadur Rasulullah?supaya kamu dapat menjawabnya.



sumber : Tausyiahislamiyyah

Saturday, September 11, 2010

perasaan CINTA adalah hak ALLAH


bissmillahirohmanirohim...
sudah sekian lame..aku tidak membuat sebarang liputan didalam blog ini..tpi alhamdulillah..skrg, aku diberi kesempatan masa dan kerajinan untuk membuat sedikt coretan di dalam blog nie...

aku nk share pasal satu skrip drama yg amat membuatkan aku berfikir..drama tersebut adalah drama syurga ramadhan, jika aku x salah...antara bunyinya adalah seperti " perasaan cinta kita kepada manusia adalah HAK ALLAH dan bila2 masa ALLAH boleh menariknya..tpi , malangnya kita selalu ingatkan bahawa perasaan CINTA itu adalah hak kita, sehingga kita lupa kpd ALLAH.. "..ini yang membuatkan kita selalu fikir bahawa tidak ada sesiapaa pom yg mampu menghalang cinta kita kpd seseorg...

oleh itu,,, ia memberi kesedaran kpd aku , bahawa cinta kepada manusia ini adalah tidak kekal kerana pada bila2 masa sahja Allah mampu menariknye...sedangkan jika kita CINTA kpd ALLAH, maka rasa cinta kita akan terbalas dan kekal abadi.amin ya robb...

elok sgt lah sekiranya kita tidak mencintai seseorag melebihi cinta kpd Allah...krn Allah yg sentiasa ada bersama kita...


wallahualam...wasalam..semoga Allah mengurniakan rahmatnya kepada kita semua...krn tanpa rahamtnya kita x mmpu hidup diatas dunia milik Allah ni..amin ya robb

Thursday, August 5, 2010

perjalanan yg beruntung..

bismillahiromanirohim.

salam.sudah lama aku tidak bertandang keblog ku sendiri..hal ini kerana ,aku mempunyai kekangan yang x dpt dielakkan...maklumlah aku berada di kg, and dirumah ku tiada kemudahan internet...walaubagaimanapom..skrg aku sudah berada di ukm, maka aku gune lah kemudahan yg ada untuk melayari internet..oleh itu, aku ingin berkongsi tentang pengalaman yg aku lalui sepanjang berada didalam bas yg menunju ke KL

...didalam bas, aku duduk bersama dgn sorang mak cik yang dah agak tua.sepanjang perjalanan itu, beliau sentiasa menceritakan tentang sirah nabi muhammad sallaAahualaiwasalam..dan juga sahabat baginda...walaupom umur nya yang sudah mencecah 70 thun tpi beliau masih mampu lagi untuk mengingati perkara tersebut..beliau menceritakan yang setiap wanita kena tutup aurat, jika meraka buka aurat,rambut mrk akan dibakar didalam api neraka kelak.astagfirullah..beliau juga menceritakan ttg sahabat nabi yang bernama saidina uthman yang telah digelar zurnurain kerana telah mengahwini 2 org puteri rasulullah,

mulut beliau juga tidak putus menyebut alhamdullilah..aku sgt kagum dgn beliau...
beliau juga telah menasihati aku agar sentiasa berselawat kpd rasulullah kerna besar pahalanya kata beliau...beliau sangat berani untuk menyampaikan dakwah, walau dimana sekalipom beliau berada...kerana semasa didalam bas juga dia memberitahu kepada driver bas bahawa besar pahala yang diperolehi oleh driver tersebut kerana mrk mampu untuk memenuhi hajat org dan dapat selalu solat qasar dan jamak..solat qasar dan jamak adalah keistimewaan yang Allah bagi kepada musafir, maka amat beruntung kerana mrk sentiasa mendapat keistimewaan Allah..waAllhualam..

Tuesday, May 18, 2010

respond bile diuji



bismillahirohmanirrohim

aku nk kngsi pasal ujian yg Allah berikan kt hambaNya

pd pagi sabtu ,,after je subuh kitaorg buat usrah,,antara aktiviti dlm usrah adalah tilawah quran..ada satu ayat quran yg menciterkan psl ujian (kamu kate kamu beriman, sedangkan kamu tidak diuji)..mcm tu lah bunyi nye...

pahtu tengahri tu aku terus di uji..owh .amat besar ujian tu..aku rase cam nk nangis je..dh lah time tu aku sesorg je tanpa kwn2..camnie citer nye...dlm kul 1 ptg..aku gia belajr motor,,tpi belum habis belajar moto..cikgu tu tye kt aku psl lesen aku..rupe-rupenyer lesen L aku dh x renew selama sebulan..ape lagi,, diaorg pom mcm melenting lah kt aku..time tu ada 2 org cikgu..hihi..ble kena mrh, cam tu cam nk nangis je..tpi alhamdulliah aku dpt tahan lagi air mate ku dr mengalir...hihi..lagi pom,,mmg patut pom cikgu2 tu mareh coz lesen aku tu dh nk expire 7hb6..klu aku x sempat buat test jpj,,that mean ia akan burn..so ,nasib baik..masih ada ehsan dlm hati cikgu tu utk bantu aku..phtu dia pom deal dgn kerani kt dlm....lame jugak kitorg discuss..alhamdulillah sekali lagi..Allah bantu aku..

then, aku dibenarkan utk belajar moto pd ari tersebut..aku sgt2 bersyukur krn ini semua berlaku adalah kerna dg keizinan Allah..aku juga bersyukur krn Allah beri kekuatan kt aku utk hadapi ujian ini dgn hati terbuka..bayangkanlah...bgamana situasi jika anda berada di situasi sy..

mgkin kekuatan tu hdir krn solat mlm...coz bile kita melakukan solat mlm, maka Allah akan kurniakan kekuatan kt kita..aku juga pernah terdengar yg kekuatan seseorg bkn bergantung kpd fizikal..tpi kekuatan hadir jika seseorg buat solat malam (tahajud)

lepas ujian tu settle..aku diuji lagi dgn kulit ku yg sunburn akibt berjemur diatas motor ditengahari yg terikk..ini menunjukkan yang Allah berhak utk mengambil apa sahaja dri kita n bila2 masa dia blh amik..krn semua yg kita ada sekrg ni adalah pinjaman sahaja..kita hanya diamanahkan utk menjaganye sebaik mgkin sahaja...

wallahualam...wasalam..semoga Allah mengurniakan rahmatnya kepada kita semua...krn tanpa rahamtnya kita x mmpu hidup diatas dunia milik Allah ni..amin ya robb

Thursday, May 13, 2010

nikmat Allah sggh besar


>bismillahirohmanirahim..
alhamdullah, kerna dgn limpah kurnia yg diberikan oleh Allah kta masih blh bernafas, pelbagai nikmat yg telah Allah kurnia kpd kita semua slh satunya adalah nikmat iman, kesihatan dan lain2...sesgguhnya nikmat Allah amat besar dan tidak terhingga...maka alangkah rugi org yg tidak menghargai,dan mensyukuri nikmat tersebut..oleh itu, sekurang-kurangnya marilah kita sentiasa mengucapkan alhamdullilah kehadrat ilahi..andai kata nikmat iman dan islam itu tidak dtg kpd kita ..maka jadilah kita spt org kafir.nauzubillah..

nk ke kita jdi cam mrk???walau baik sebagai manapun..mrk x kn masuk syurga Allah..tpi kita asalkan kita mengucapkan kalimah syahadat..maka akhirnya slps perhitungan kita still msuk syurga..oh, alangkah baik Allah,,oh , alangkah pemurahnya Allah,owh, alangkah maha pengasih nya Allah kpd umatNya..tpi kita x sebaik spt itu..sbg cth,, kita buat analogi..kita memberi kerja kpd sesorg utk bekerja dirumah kita sbgai pembantu,,kita bg dia tmpt tinggal, kta bgi dia mkn,kita bg dia pakaian ..tpi dia x buat kerjanya sbg pembantu rumah..so adakah kita akan trima lagi org tersebut???ana yakin, mesti jwpnnya tidak!!..mesti kita kata kt org tu.yg dia dia x kenang jasa kita..

so apa pula yg telah kita buat utk taat kpd Allah...???pernahkah kita solat??owh..kwn2, solat itu amat penting,,ia adalah tiang agama, ia adalah amal pertama yg akan ditanya kelak..solat lah wahai muslimin dan muslimat yg bergelar hamba Allah..yg diri mrk tlh diciptakan oleh Allah,,,"ya Allah, engkau bukakanlah pintu hati semua umatmu utk solat, krn aku ingin merasai nikmat syurga bersama-sama dgn mrk ya Allah"/.....

sudahkan kita menuntut aurat sama ada pompuan atau lelaki..??(dlm quran Allah dh kata yg Allah ciptakan pakaian utk kita menuntut aurat kita) tpi nape lah kita masih degil .wahai kwn2,itu arahan dr Allah,,arahan dr menciptakan kita ,,,dr yg telah memberikan nikmat hidup kpd kita..tpi knape susah utk kita dgr arahan yg Allah beri tu..??subhanallah....insaflah wahai sahabatku..ingatlah ..yg suatu hari nnti kita akan di hisab.

ble tib masa dihisab..apa bekalan yg kita nk tunjukkan kpd ALLah??satu lagi analogi..kalu kita nk pergi berkembara didalam hutan, maka sbelum tu, kta akan sediakn pelbagai bekaln utk bg menampung kehidupan kita sepjg didalam hutan..klu x de maka matilah kita kelaparan...tpi diakhirat kelak,,andai kita x de bekalan, so bgmana kita nk berdepan dgn Allah???kita tegok nereka,kita nangis..kita tgk syurga kita gembira..pusing kiri, nangis..pusing kanan kita suke..mcm org gil...mahu kah kita jdi cam tu ibuk?mahukah kita jdi cam tu pak??.. maka, pesanan penaja..marilah kita sesama kumpul bekalan utk bertemu dgn Allah kelak..


tpi bagaimana nk kumpul pahala tu???caranye adalah kita buat amar makruf dan tinggalkan nahi mungkar...apa amal makruff tu?? amar makruf adalah kita solat, puasa, hormati ibubapa..tidak putuskan silaturahim dan amalan kebaikan yg lain..

kesimpulanya , marilah kita berdoa agar Allah sentiasa memasukkan kita semua kedalam jalan kebenaran ..aminya rabb..selawat keatas junjungan nabi muhammad, keuarga baginda dan juga sahabat baginda am Nya. wallahualam

wasalam,,,sesungguhnya yg baik itu dtg dr Allah,,,dan yg buruk itu juga dtg dr Nya atas kelemahan sy berhujah..wallahualam

Sunday, April 4, 2010

atleast dapat input- pasal hadiht bagi hadiah



salam .
pada malam selasa minggu lepas, aku berpeluang untuk pergi ke surau an nur, wah!, cantik sungguh masjid..walaupun masa ktorg sampai tu ceramah dah start namun aku masih bersyuker kerana aku dapat bawak balik satu hadith...haidth nya adalah memberi hadiah..apabila kita memberi hadiah kpd seseorang tentu ia membuatkan orang tersebut gembira, begitu juga dgn kita...kalu ada org bagi hadiah kt kita tentu kita gembira hingga x lena makan..x basah tido..x kenyang mandi..hehehhe..(statement sy tu x tipu tau..coz mana ade org makan sampai lena..mana ada org tido sampai basah dan mana ada org mandi hingga kenyang)hehehe...

ia juga akan menjdikan ukhuwwah kita semakin rapat..kesimpulannya marilah kita sesama memberi hadiah kt shbt, ibubapa,adik beradik dan sesiape je..

Thursday, March 25, 2010

bermusafir bersama sorg akhwat


sungguh bermakna pengalaman yg aku setelah bermusafir dgn akhwat nie..sgguh baik budi pekertinya..aku mmg tabik lah kt dia nie.citernye macam nie..

satu hari aku berpeluang utk bermusafir dgn beliau..ktorg mahu pergi sesuatu tempt utk mendapatkan brg...tempt tersebuut jauh dari kwsn kami..maka kami terpaksa menggunakan perkhidmtn awam utk sampai kesana..pada mulanya., kami masih tidak menjumpai tempt tersebut..rupa2nye kami telah terkurang sampai dari tempt tersebut((turun train sblm sampai tmpt tue..maka kami terpaksa mnunggu train yg seterusnya utk sampai ke destinasi tdi..akibt nye ,,kami lwat sampai ke tempt tersebut..dan kami masih belum solat zohor, maka kami bercadang utk solat zohor dhulu sblm meneruskan perjalann...maka beliau pergi lah kesurau tersebut manakala aku mnuju ke toilet dahulu..dia myata bhw,, dia akan solat dulu.dan aku akan mgikutnya kemudian..at least kami masih solat jemaah walaupun aku masuk lewat..

disebabkan aku masuk lewat,maka beliau dahulu yg telah abis solat manakala aku perlu mencukupkan dahulu rakaan aku...then aku pun siap solat...aku ingatkn lepas aku siap solat..kita terus nk sambung perjalanan..tetapi sebaliknya..krn beliau melakukan soalt sunat slps solat zohor..aku amat kagum kat dia coz dlm keadaan yg tergesa2 camnie pun dia masih tidak melupakan solat sunat..aku tahu bhw solat sunat amat bagus krn insyaAllah ia dpt menampung solat zohor kita yg x kusyuk tadi..ini menunjukkan beliau mmg benar2 dh tertarbiah...

satu lagi keadaan yg aku respect beliau adalah ketika kami dalam perjalann pulang..ada seorg adik yg menjual kismiss di ruang legar kawasan tersebut..pada mulanya, aku senyum je kt adik tu..tpi beliau telah mengambil tndakan dgn membeli kismiss tersebut..harga kismiss tu rm 1 untuk sekotak..tpi beliau telah membayarnya rm 2 utk satu kotak,,maka senyum lebar bdk tu..aku sungguh tersentak dgn sikap beliau yg sgt baik tu..sepatutnya aku juga membeli kismiss itu dgn bdk tu coz atleast bdk tu membuat bussiness dan bukannya meminta sedekah..huuhu..wah2 ..aku sgt tersentuh dgn perkara tersebut..ini menunjukkan diriku masih tidak cukup iman nya dan masih kurang akhlak nya..hmmm..aku amat sedih dgn sikap nie...oleh itu, aku memohon kpd Allah utk kurniakan kpd aku sikap2 baik camnie..

sms dlm train beliau mengatakan bhw beliau mahu pergi ke usrahnya dahulu coz hari tersebut beliau ada usrah dgn anak usrahnya,,aku pun berfikir2 sama ada utk ikutnya atau terus pulang kerumah..then aku buat kptusan utk ikutnya...aku mjdi pemerhati bgi usrahnya..aku lihat ukhwah antara beliau dan anak usrahnya sangat rapat hingga sekali lagi aku tersentuh...anak2 usrahnya sangat menyayanginya..sggh terkilan aku liht semua nie...sepanjang masa tersebut aku termenung2 sorg2 mengenangkan kebaikan beliau dan kekurangan aku...ia benar2 menginsafkan aku...

sekian, terima kasih..moga kehidupan kita semua mendapat kerahmatan dr Allah..amin ya Robb

Monday, March 8, 2010

berserah diri kpd Allah

salam.."ya Allah..aku mohon kpd Mu agar memudahkan urusan hamba Mu ini pada malam nie"amin...selawat dan restu Allah untuk nabi muhammad saw, keluarga dan sahabat2 baginda.

Thursday, January 21, 2010

perubatan rasulullah- merawat demam

assalamualaiku..teringin aku berkongsi ttg merawat demam nie dlm blog aku,mmandangkan statistik org yg deman kini smk meningkat,mybe sbb cuaca kot( pns dan hujan)

setiap ujian dan musibah yg Allah swt timpa kpd hamba-Nya yg sabar & redha akn diberi phala yg besar.
rasulullah bersabda"tidak seseorg pun drp kaum muslimin yg terkena musibah pd jasadnya, kecuali Allah memeritahkan malaikat yg menjaganya dgn firman(maksudnya) 'tulislah utk hamba-ku ini, setiap hari dan mlm kebaikan spt kebaikan yg biasanya dia lakukan ketika dia tidak terkekang dgn belenggu-Ku' diriwtkan oleh al darimin drp abdullah bin amr.

abu hurairah r.a berkata "tidak ada penyakit yg menimpaku yg lebih aku sukai drp demam, sbb demam merasuk setiap organ tubuhku, dan Allah swt akn mengurniakan pahala bg setiap organ tubuh yg diserang demam."

SEJUKKAN DGN AIR.
Hadis riwayat al-Tarmizi dalam jami`nya meneruskan hadis rafi` bin khadij scr marfu* meriwayatkan "apabila salah seorg drp kamu diserang demam dan demam itu adalah percikan api neraka, maka hendaklah ia dipadamkan dgn air sejuk dan hendaklah ia berendam didalm sg yg mengalir. hendaklah ia mandi slps fajar(subuh) dan sblm terbit matahari. dan hendaklah ia mengucapkan"dgn nama-Mu yaAllah ,sembuhkanlah penyakit hamba Mu dan benarkan bimbingan Rasul-Mu

drp Rafi`bin khadij bhw dia mendengar rasulullah bersabda yg maksunya :"sesungguhnya demam itu merupakan didihan api neraka, maka sejukkanlah ia dgn air (riwayat muslim no.5889)

hadis drp ibn umar r.a bhw nabi bersabda"sesungguhnua demam itu atau demam yg berat itu berpunca drp bahang api neraka. jadi, sejukkanlah ia dgn air { riwayat muslim no 5882)...sambungan dlm majalah solusi(hijrah @kalah)..tpi kalu ada masa aku akn citer lagi..tpi kalu nk tahu sndiri blh lah beli buku tu solusi isu no 15.
wasalam
maaf andai tersilap kate.

Friday, January 15, 2010

tasbih ..jom kita bertasbih

salam
disini sy nk kongsi skit apa yg terdapat dlm kitab Allah( al-Quran).
"ALLAH ada berfiman" maka bersabarlah engkau (Muhammad) terhdp ape yg mereka katakan, dan bertasbihlah dengan memuji tuhanmu sebelum matahari terbit dan sebelum matahari terbenam." (surah az-zariyat :39)

"dan bertasbihlah kepadaNya pada malam hari dan setiap selesai solat" (surah az-zariyat:40).

Oleh itu, marilah kita sesama memperbanyakkan bacaan zikir dan tasbih kpd Allah..kita boleh bacanya bile2 masa... dan x susah pun.coz semua org pun tau camne nk berzikir..
so mulakan dengan membaca al-mathurat pd wktu pagi dan ptg...kekwn, ingatlah kita bhw banyaknya nikmat yg telah Allah berikan kpd kita,..so adakah kita mahu menjadi hamba yg derhaka, tidak menghargai ape yg telah diberikan kpd kita..
apabila kita selalu berzikir maka ia akan mendekatkan lagi kita dengan Allah..maka itulah yg kita mahukan.