Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukuplah cintai dia dalam diam..
kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya...
kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang,
kau tak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya..
kerana diammu...
itu dapat memuliakan kesucian diri dan hatimu..
menghindarkan dirimu dari hal- hal yang akan merosak izzah dan iffahmu..
kerana diammu...
itu dapat menunjukkan bukti kesetiaanmu padanya..
kerana mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH SWT.pilihkan untukmu...
ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali?
yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan...
tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah
sahabat...
kerana dalam diammu tersimpan kekuatan..
kekuatan harapan...hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itudapat berbicara dalam kehidupan nyata...
bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya?
dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata,
biarkan ia tetap diam...
kerana...
jika dia memang bukan milikmu, dengan izin Allah , melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat untukmu...
biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu...
kerana yakinlah...
Allah akan memberikan ganti yang lebih baik lagi atau mewujudkan mimpimu di kemudian hari..
bersabarlah dalam diammu...
Friday, March 25, 2011
hikmah cinta dalam diam
Posted by ayurii at 8:36 AM 0 comments
Thursday, October 14, 2010
tanda2 kematian
100 hari sebelum kematian:
Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
40 hari sebelum kematian:
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
7 hari sebelum kematian:
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.
3 hari sebelum kematian:
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
1 hari sebelum kematian:
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda akhir sebelum kematian:
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Kubur/liang lahat Setiap Hari Menyeru kepada Manusia Sebanyak 5 Kali.
1. Aku rumah yang terpencil, maka akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu sholat malam.
3. Aku rumah yang penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawarnya.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir, maka banyaklah bacaan Laa illaa ha illallah, Muhammadur Rasulullah?supaya kamu dapat menjawabnya.
sumber : Tausyiahislamiyyah
Posted by ayurii at 3:35 AM 0 comments
Saturday, September 11, 2010
perasaan CINTA adalah hak ALLAH

bissmillahirohmanirohim...
sudah sekian lame..aku tidak membuat sebarang liputan didalam blog ini..tpi alhamdulillah..skrg, aku diberi kesempatan masa dan kerajinan untuk membuat sedikt coretan di dalam blog nie...
aku nk share pasal satu skrip drama yg amat membuatkan aku berfikir..drama tersebut adalah drama syurga ramadhan, jika aku x salah...antara bunyinya adalah seperti " perasaan cinta kita kepada manusia adalah HAK ALLAH dan bila2 masa ALLAH boleh menariknya..tpi , malangnya kita selalu ingatkan bahawa perasaan CINTA itu adalah hak kita, sehingga kita lupa kpd ALLAH.. "..ini yang membuatkan kita selalu fikir bahawa tidak ada sesiapaa pom yg mampu menghalang cinta kita kpd seseorg...
oleh itu,,, ia memberi kesedaran kpd aku , bahawa cinta kepada manusia ini adalah tidak kekal kerana pada bila2 masa sahja Allah mampu menariknye...sedangkan jika kita CINTA kpd ALLAH, maka rasa cinta kita akan terbalas dan kekal abadi.amin ya robb...
elok sgt lah sekiranya kita tidak mencintai seseorag melebihi cinta kpd Allah...krn Allah yg sentiasa ada bersama kita...
wallahualam...wasalam..semoga Allah mengurniakan rahmatnya kepada kita semua...krn tanpa rahamtnya kita x mmpu hidup diatas dunia milik Allah ni..amin ya robb
Posted by ayurii at 8:36 AM 0 comments
Thursday, August 5, 2010
perjalanan yg beruntung..
bismillahiromanirohim.
salam.sudah lama aku tidak bertandang keblog ku sendiri..hal ini kerana ,aku mempunyai kekangan yang x dpt dielakkan...maklumlah aku berada di kg, and dirumah ku tiada kemudahan internet...walaubagaimanapom..skrg aku sudah berada di ukm, maka aku gune lah kemudahan yg ada untuk melayari internet..oleh itu, aku ingin berkongsi tentang pengalaman yg aku lalui sepanjang berada didalam bas yg menunju ke KL
...didalam bas, aku duduk bersama dgn sorang mak cik yang dah agak tua.sepanjang perjalanan itu, beliau sentiasa menceritakan tentang sirah nabi muhammad sallaAahualaiwasalam..dan juga sahabat baginda...walaupom umur nya yang sudah mencecah 70 thun tpi beliau masih mampu lagi untuk mengingati perkara tersebut..beliau menceritakan yang setiap wanita kena tutup aurat, jika meraka buka aurat,rambut mrk akan dibakar didalam api neraka kelak.astagfirullah..beliau juga menceritakan ttg sahabat nabi yang bernama saidina uthman yang telah digelar zurnurain kerana telah mengahwini 2 org puteri rasulullah,
mulut beliau juga tidak putus menyebut alhamdullilah..aku sgt kagum dgn beliau...
beliau juga telah menasihati aku agar sentiasa berselawat kpd rasulullah kerna besar pahalanya kata beliau...beliau sangat berani untuk menyampaikan dakwah, walau dimana sekalipom beliau berada...kerana semasa didalam bas juga dia memberitahu kepada driver bas bahawa besar pahala yang diperolehi oleh driver tersebut kerana mrk mampu untuk memenuhi hajat org dan dapat selalu solat qasar dan jamak..solat qasar dan jamak adalah keistimewaan yang Allah bagi kepada musafir, maka amat beruntung kerana mrk sentiasa mendapat keistimewaan Allah..waAllhualam..
Posted by ayurii at 3:22 AM 0 comments
Tuesday, May 18, 2010
respond bile diuji


bismillahirohmanirrohim
aku nk kngsi pasal ujian yg Allah berikan kt hambaNya
pd pagi sabtu ,,after je subuh kitaorg buat usrah,,antara aktiviti dlm usrah adalah tilawah quran..ada satu ayat quran yg menciterkan psl ujian (kamu kate kamu beriman, sedangkan kamu tidak diuji)..mcm tu lah bunyi nye...
pahtu tengahri tu aku terus di uji..owh .amat besar ujian tu..aku rase cam nk nangis je..dh lah time tu aku sesorg je tanpa kwn2..camnie citer nye...dlm kul 1 ptg..aku gia belajr motor,,tpi belum habis belajar moto..cikgu tu tye kt aku psl lesen aku..rupe-rupenyer lesen L aku dh x renew selama sebulan..ape lagi,, diaorg pom mcm melenting lah kt aku..time tu ada 2 org cikgu..hihi..ble kena mrh, cam tu cam nk nangis je..tpi alhamdulliah aku dpt tahan lagi air mate ku dr mengalir...hihi..lagi pom,,mmg patut pom cikgu2 tu mareh coz lesen aku tu dh nk expire 7hb6..klu aku x sempat buat test jpj,,that mean ia akan burn..so ,nasib baik..masih ada ehsan dlm hati cikgu tu utk bantu aku..phtu dia pom deal dgn kerani kt dlm....lame jugak kitorg discuss..alhamdulillah sekali lagi..Allah bantu aku..
then, aku dibenarkan utk belajar moto pd ari tersebut..aku sgt2 bersyukur krn ini semua berlaku adalah kerna dg keizinan Allah..aku juga bersyukur krn Allah beri kekuatan kt aku utk hadapi ujian ini dgn hati terbuka..bayangkanlah...bgamana situasi jika anda berada di situasi sy..
mgkin kekuatan tu hdir krn solat mlm...coz bile kita melakukan solat mlm, maka Allah akan kurniakan kekuatan kt kita..aku juga pernah terdengar yg kekuatan seseorg bkn bergantung kpd fizikal..tpi kekuatan hadir jika seseorg buat solat malam (tahajud)
lepas ujian tu settle..aku diuji lagi dgn kulit ku yg sunburn akibt berjemur diatas motor ditengahari yg terikk..ini menunjukkan yang Allah berhak utk mengambil apa sahaja dri kita n bila2 masa dia blh amik..krn semua yg kita ada sekrg ni adalah pinjaman sahaja..kita hanya diamanahkan utk menjaganye sebaik mgkin sahaja...
wallahualam...wasalam..semoga Allah mengurniakan rahmatnya kepada kita semua...krn tanpa rahamtnya kita x mmpu hidup diatas dunia milik Allah ni..amin ya robb
Posted by ayurii at 1:32 AM 0 comments
Thursday, May 13, 2010
nikmat Allah sggh besar

>bismillahirohmanirahim..
alhamdullah, kerna dgn limpah kurnia yg diberikan oleh Allah kta masih blh bernafas, pelbagai nikmat yg telah Allah kurnia kpd kita semua slh satunya adalah nikmat iman, kesihatan dan lain2...sesgguhnya nikmat Allah amat besar dan tidak terhingga...maka alangkah rugi org yg tidak menghargai,dan mensyukuri nikmat tersebut..oleh itu, sekurang-kurangnya marilah kita sentiasa mengucapkan alhamdullilah kehadrat ilahi..andai kata nikmat iman dan islam itu tidak dtg kpd kita ..maka jadilah kita spt org kafir.nauzubillah..
nk ke kita jdi cam mrk???walau baik sebagai manapun..mrk x kn masuk syurga Allah..tpi kita asalkan kita mengucapkan kalimah syahadat..maka akhirnya slps perhitungan kita still msuk syurga..oh, alangkah baik Allah,,oh , alangkah pemurahnya Allah,owh, alangkah maha pengasih nya Allah kpd umatNya..tpi kita x sebaik spt itu..sbg cth,, kita buat analogi..kita memberi kerja kpd sesorg utk bekerja dirumah kita sbgai pembantu,,kita bg dia tmpt tinggal, kta bgi dia mkn,kita bg dia pakaian ..tpi dia x buat kerjanya sbg pembantu rumah..so adakah kita akan trima lagi org tersebut???ana yakin, mesti jwpnnya tidak!!..mesti kita kata kt org tu.yg dia dia x kenang jasa kita..
so apa pula yg telah kita buat utk taat kpd Allah...???pernahkah kita solat??owh..kwn2, solat itu amat penting,,ia adalah tiang agama, ia adalah amal pertama yg akan ditanya kelak..solat lah wahai muslimin dan muslimat yg bergelar hamba Allah..yg diri mrk tlh diciptakan oleh Allah,,,"ya Allah, engkau bukakanlah pintu hati semua umatmu utk solat, krn aku ingin merasai nikmat syurga bersama-sama dgn mrk ya Allah"/.....
sudahkan kita menuntut aurat sama ada pompuan atau lelaki..??(dlm quran Allah dh kata yg Allah ciptakan pakaian utk kita menuntut aurat kita) tpi nape lah kita masih degil .wahai kwn2,itu arahan dr Allah,,arahan dr menciptakan kita ,,,dr yg telah memberikan nikmat hidup kpd kita..tpi knape susah utk kita dgr arahan yg Allah beri tu..??subhanallah....insaflah wahai sahabatku..ingatlah ..yg suatu hari nnti kita akan di hisab.
ble tib masa dihisab..apa bekalan yg kita nk tunjukkan kpd ALLah??satu lagi analogi..kalu kita nk pergi berkembara didalam hutan, maka sbelum tu, kta akan sediakn pelbagai bekaln utk bg menampung kehidupan kita sepjg didalam hutan..klu x de maka matilah kita kelaparan...tpi diakhirat kelak,,andai kita x de bekalan, so bgmana kita nk berdepan dgn Allah???kita tegok nereka,kita nangis..kita tgk syurga kita gembira..pusing kiri, nangis..pusing kanan kita suke..mcm org gil...mahu kah kita jdi cam tu ibuk?mahukah kita jdi cam tu pak??.. maka, pesanan penaja..marilah kita sesama kumpul bekalan utk bertemu dgn Allah kelak..
tpi bagaimana nk kumpul pahala tu???caranye adalah kita buat amar makruf dan tinggalkan nahi mungkar...apa amal makruff tu?? amar makruf adalah kita solat, puasa, hormati ibubapa..tidak putuskan silaturahim dan amalan kebaikan yg lain..
kesimpulanya , marilah kita berdoa agar Allah sentiasa memasukkan kita semua kedalam jalan kebenaran ..aminya rabb..selawat keatas junjungan nabi muhammad, keuarga baginda dan juga sahabat baginda am Nya. wallahualam
wasalam,,,sesungguhnya yg baik itu dtg dr Allah,,,dan yg buruk itu juga dtg dr Nya atas kelemahan sy berhujah..wallahualam
Posted by ayurii at 12:37 AM 0 comments
Sunday, April 4, 2010
atleast dapat input- pasal hadiht bagi hadiah


salam .
pada malam selasa minggu lepas, aku berpeluang untuk pergi ke surau an nur, wah!, cantik sungguh masjid..walaupun masa ktorg sampai tu ceramah dah start namun aku masih bersyuker kerana aku dapat bawak balik satu hadith...haidth nya adalah memberi hadiah..apabila kita memberi hadiah kpd seseorang tentu ia membuatkan orang tersebut gembira, begitu juga dgn kita...kalu ada org bagi hadiah kt kita tentu kita gembira hingga x lena makan..x basah tido..x kenyang mandi..hehehhe..(statement sy tu x tipu tau..coz mana ade org makan sampai lena..mana ada org tido sampai basah dan mana ada org mandi hingga kenyang)hehehe...
ia juga akan menjdikan ukhuwwah kita semakin rapat..kesimpulannya marilah kita sesama memberi hadiah kt shbt, ibubapa,adik beradik dan sesiape je..
Posted by ayurii at 8:18 AM 0 comments

